Outdoor Malam. F2.8, ISO400, Flash 1/8 white card dibalikkan. Shutter speed 1/30s untuk mendapatkan ambience
ISO adalah sensitivity rating untuk sensor cahaya yang berada didalam kamera anda. Selalunya didatangkan dengan nilai :
32, 50, 100, 200, 400, 800, 1600, 3200, 6400, 12800, 25600 dsb. Pro camera mungkin menunjukkan nilai 320, 640 dsb
Berikut adalah table cadangan penggunaan ISO mengikut kesesuaian keadaan cahaya
ISOIndoorOutdoor
100Tidak sesuai. Gunakan flash yang kuat sekiranya anda pilih ISO ini. Sekiranya anda tidak mau gunakan flash, coba gunakan aperture f1.8 atau gunakan shutter speed perlahan.
Sangat sesuai untuk studio fotografi.
Sesuai bila cahaya sangat cerah. Terutamanya tengah hari terik.
200Tidak sesuai. Gunakan flash yang kuat sekiranya anda pilih ISO ini. Sekiranya anda tidak mahu gunakan flash, cuba gunakan aperture f1.8 atau gunakan shutter speed perlahan.Sesuai bila cahaya sangat cerah. Terutamanya tengah hari terik ataupun sewaktu mendung yang nipis.
400Sesuai apabila digandingkan dengan flash, atau bukaan aperture yang besar.Sesuai bila mendung tebal atau dibawah bumbung dan cahaya matahari terhalang.
800Sangat  Sesuai. Anda mungkin boleh  menggunakan aperture seperti f2.8. Sekiranya tidak cukup terang, gunakan flash dengan dipantul ke siling.
Sesetengah kamera mungkin mula menunjukkan noise.
Sesuai apabila matahari mulai terbenam atau dibawah lindungan bumbung yang besar seperti di dalam gelanggang futsal yang tidak berdinding.
Sesetengah kamera mungkin mula menunjukkan noise.
1600Sesuai. Anda boleh gunakan aperture medium seperti f4. Hanya gunakan flash apabila terlalu dim.Apabila menjelang malam, gunakan ISO ini.
3200Sesuai. Noise mungkin agak tinggi. Anda mungkin boleh menggunakan aperture f5.6Tidak sesuai waktu siang. Gunakan waktu malam bila terlalu gelap dan tiada flash.
Waktu petang dengan awan nipis, gunakan ISO200, f2.5, shutter speed 1/200s. Flash tidak menyala.
Waktu Malam, Outdoor. Cahaya agak kuat. ISO400, f3.5, 1/30s
Indoor. ISO640. f/1.6, shutter speed 1/60s.